Kebaikan dan keburukan diisytihar bankrap di Australia

Australia Explained - Kebankrapan

Memahami isu kebankrapan dan kesannya di Australia Credit: zoranm/Getty Images

Get the SBS Audio app

Other ways to listen

Bagi sebilangan besar masyarakat umum, diisytihar sebagai muflis atau bankrap ialah satu stigma yang amat memalukan individu terbabit. Namun, apa yang harus diingati ialah kadang-kala, diisytihar sebagai muflis ialah suatu tindakan terbaik bagi meringankan bebanan masalah kewangan. Bagi individu yang menghadapi masalah menangani dan mengurus hutang mereka, satu penyelesaian ialah untuk memohon kebankrapan. Apa yang penting, pohon nasihat profesional terlebih dahulu untuk mengetahui pilihan yang sedia ada serta padah kemuflisan.


Tajuk Utama
  • Sekatan akibat kebankrapan berkuatkuasa selama tiga tahun namun kesannya mungkin lebih berpanjangan.
  • Diisytihar sebagai muflis tidak membebaskan seseorang dari hutang mereka.
  • Pastikan anda pohon nasihat para profesional.
Kebankrapan atau kemuflisan ialah proses perundangan yang boleh membantu seseorang mengawal dan menangani kembali masalah kewangan mereka kerana ia membebaskan individu terbabit dari bebanan hutang beliau. Justeru, pengisytiharaan ini membolehkan individu terbabit untuk memulakan sekali lagi dan memperbaiki hala-tuju kewangan mereka.

Lazimnya, ada dua cara seseorang itu boleh diisytihar sebagai bankrap. Cara pertama, mereka boleh memohon kebankrapan atau kedua, pihak mahkamah boleh mengisytiharkan kemuflisan atas permohonan pihak peminjam wang.

Apa yang perlu diambil kira, kebankrapan mungkin suatu langkah positif yang mempunyai lebih banyak manfaat berbanding stigma atau perasaan malu dialami mereka yang terbabit.


Namun, kebankrapan mempunyai kesan buruk justeru, adalah penting bagi seseorang mempertimbangkan dengan teliti opsyen ini yang terkandung di bawah peruntukan Akta Kebankrapan.


Lembaga Sekuriti Kewangan Australia megurus segala proses setelah seseorang individu memohon kebankrapan.

Claire Corrigan ialah salah seorang pemegang amanah kebankrapan berdaftar di lembaga terbabit.

Kata beliau, “Lazimnya, seseorang itu diisytihar bankrap akibat tekanan beban hutang yang dihadapi yang sudah tidak terkawal atau ditangani."
Memohon kebankrapan ialah satu langkah berani bagi mengemaskini situasi kewangan dan membolehkan individu terbabit menerima bantuan profesional untuk mengurus perihal kewangan beliau.
Clare Corrigan, pemegang amanah berdaftar.
Sebelum memohon kebankrapan

Pertimbang terlebih dahulu opsyen lain yang tersedia ada di bawah peruntukan Akta Kebankrapan.

Perjanjian pembayaran balik hutang


Perjanjian pembayaran balik hutang secara berjadual mungkin langkah yang lebih bernas.



Namun apa yang harus diingati, langkah ini hanya berkesan sekiranya anda mampu membayar balik sebahagian daripada jumlah yang masih terhutang.

Pemilik kedai kopi memikirkan masalah kewangan yang dihadapi
Bagi ramai orang, diisytihar sebagai bankrap mendatangkan malu dan stigma, namun seringkali, inilah hanya jalan penyelesaian yang wujud. Credit: gahsoon/Getty Images
Perjanjian Ketakmampuan (PIA)

Perjanjian ketakmampuan atau sengkatannya, PIA, ialah perjanjian yang sah di bawah perundangan dan membabitkan penghutang dan pihak peminjam.

Perjanjian ini membolehkan kedua pihak mencapai persetujuan jadual pembayaran balik yang fleksibel, lazimnya dalam tempoh tiga hingga lima tahun.

PIA turut membabitkan perlatinkan seorang pemegang amanah untuk mengurus perjanjian yang dipersetujui.

Pohon nasihat pakar kewangan

Sarah Megginson, pakar kewangan dengan syarikat Finder mencadangkan langkah pertama yang mungkin lebih menarik, iaitu perjanjian pembayaran balik hutang.

sentiasa terbuka Isnin hingga Jumaat di talian 1-800-007-007.

Menurut Sarah Megginson, "Tekanan hidup kini semakin ketara jadi pemanggil tidak perlu khuatir kerana ramai warga Australia yang turut menghadapi kesulitan kewangan."

Proses Kebankrapan

(AFSA) megurus segala proses setelah seseorang individu memohon kebankrapan.

Permohonan kebankrapan boleh dibuat secara online melalui laman web AFSA.

Claire Corrigan menerangakan, "Setelah diisytihar bankrap, pemohon menerima perlindungan terhad dari pihak kreditor bagi membolehkan individu terbabit membina semula status kewangan mereka."

Seseorang yang di isytihar bankrap akan dirujuk kepada pemegang amanah kebankrapan berdaftar atau individu terbabit boleh melantik pemegang amanah tersendiri.

Peranan pemegang amanah ialah untuk memastikan hak kesemua pihak terbabit, termasuk peminjam, diwakili dengan adil.

Pemegang amanah juga menilai aset individu yang telah diishtihar muflis, juga menjual aset untuk membayar balik hutang serta menyiasat aktiviti kewangan individu yang bankrap.
Pasangan menghadapi masalah kewangan
Tempoh kebankrapan ialah selama tiga tahun dan satu hari namun kesannya mungkin lebih berpanjangan. Credit: Vladimir Vladimirov/Getty Images

Apakah kesan kebankrapan terhadap kehidupan anda?

Tempoh kebankrapan ialah tiga tahun sehari, namun apa yang harus disedari ialah kesan kemuflisan ini yang mungkin perpanjangan.

Nama individu terbabit disenaraikan dalam Indeks Ketakmampuan Kebangsaan dan ini memberi kesan terhadap penilaian kredit yang mampu menyukarkan permohonan pinjaman kewangan pada masa yang akan datang.

Mathew ialah seorang pengusaha kecil yang telah mengishtihar kebankrapan.

Menurut beliau, status muflis memerlukan seseorang itu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu untuk melakukan sesuatu, umpamanya sebelum membuat perjalanan ke luar negara.

"Pada mulanya, saya agak khuatir kerana anak perempuan saya tinggal di negara Filipina dan saya takuti kemungkinan tidak boleh melawat beliau."
Bila anda diisytihar bankrap, anda tidak lagi bebas untuk keluar negara. Kebenaran untuk melakukan perjalanan ke luar negara perlu dipohon terlebih dahulu daripada pemegang amanah kebankrapan anda.
Matthew, small business owner
Lazimnya, kebankrapan tidak menjejas kebolehan individu terbabit untuk terus bekerja.

Malahan, pihak majikan tidak lansung perlu ketahui akan status kemuflisan pekerja mereka.

Namun, sekiranya kerjaya individu terbabit ialah dalam bidang kewangan atau perundangan, beliau perlu menghubungi agensi kerajaan atau pertubuhan profesional berkaitan kerjaya mereka untuk mendapatkan syarat pekerjaan.

Individu yang diisytihar muflis juga tidak boleh mengurus syarikat sendiri tanpa kebenaran mahkamah.

Beliau juga tidak boleh menjawat sesetengah jawatan rasmi.

Menurut Mathew, peniaga kecil akan menghadapi beberapa rintangan.

“saya tidak boleh mendapatkan insuran awam atau memohon kemudahan akaun hutang dari pihak pembekal. Saya terpaksa membayar segala-galanya secara tunai terlebih dahulu."
Australia Explained - Kebankrapan
Sekatan kebankrapan berkuatkuasa selama tiga tahun sehari namun kesannya mungkin lebih berpanjangan. Credit: courtneyk/Getty Images

Apakah kebankrapan melupuskan segala hutang anda?

Jawapannya TIDAK.

Sebaliknya, apa yang berlaku ialah hutang yang tidak terbayar itu diserah kepada pemegang amanah dan individu terbabit hanya akan bebas daripada hutang yang tidak terjamin atau yang tidak terikat dengan aset penghutang.

Ini termasuk hutang kad kredit, bil hospital dan pinjaman.

Penghutang juga perlu memaklumkan kepada Lembaga Kebankrapan sekiranya situasi kewangan mereka berubah.

Tambah Sarah Megginson, Lembaga kebankrapan boleh menjual aset individu terbabit, termasuk rumah yang didiami, untuk membayar peminjam.

Panggilan percuma ke mampu membantu anda Isnin hingga Juma'at di talian 1800 007 007.

Share